Latihan Word Search, Connect the Dot & Water Drop Challenge

4 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 3 April 2024 ( Rabu ) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Word Search, Connect the Dot & Water Drop Challenge. Latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 6 orang peserta iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 12 tahun.

Peserta perlu mencari perkataan tersembunyi mengenai Program Klik Dengan Bijak dan perlu menyambungkan titik yang mempunyai nombor di lukisan kartun yang telah dicetak sehingga menjadi sebuah gambar kartun yang sempurna. Kesannya,ia dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam kosakata dengan mencari perkataan baharu dan dapat meningkatkan ketelitian dalam membuat sesuatu perkara.

Akhir sekali, peserta bermain aktiviti “water drop challenge” iaitu mereka perlu menuang air di dalam cawan plastik dan tidak boleh menumpahkan air tersebut.Peserta yang menumpahkan air dikira kalah dan peserta yang tidak menumpahkan air dikira sebagai pemenang. Kesannya, peserta dapat mempelajari tentang sifat berhati-hati dan tidak gopoh untuk mendapat hasil yang baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas